LCCT Mungkin Dibina Di Utara Perak, Kata MB

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sebuah Terminal Tambang Murah (LCCT) mungkin dibina di Perak tidak lama lagi untuk membantu pembangunan ekonominya secara umum dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) secara khususnya.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata beberapa perbincangan telah diadakan melibatkan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.

"Kita harap ia dapat dikemukakan kepada pihak Kerajaan Persekutuan bagi pertimbangan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Perak Sultan Azlan Shah melawat LCCT, pejabat AirAsia dan Akademinya di sini.

"Namun ia masih di peringkat awal. Kita perlu melihat dari semua aspek. Perancangan awal sudah pun dimulakan. Ia hanya menanti masa untuk kita kemukakan kepada pihak kerajaan bagi melihat secara lebih mendalam lagi akan kesesuaian dan juga viabiliti lapangan terbang baru ini.

"Semuanya bergantung kepada Kerajaan Persekutuan tentang apa keputusannya," katanya.

Zambry berkata satu kawasan telah dikenal pasti dalam wilayah koridor itu tetapi ia terletak di utara Perak.

"Ia bukan lapangan terbang sedia ada. Sukar untuk membesarkan lapangan terbang sedia ada sebab Ipoh sudah agak sesak, begitu juga kawasan sekitarnya.

"Ia sudah begitu maju. Kita tidak ada pilihan. Kita perlu cari kawasan baru," kata beliau.

Beliau berkata kerjaan negeri telah mencadangkan kepada AirAsia beberapa lokasi dan syarikat itu juga telah menghantar pasukan mereka untuk melihat lokasi-lokasi itu, dan telah membuat keputusan tentang kawasan itu.

Menyentuh peranan kerajaan negeri dalam pembangunan LCCT itu, Zambry berkata: "Kita akan permudahkan semua proses."

Tentang sama ada sebagai pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd telah dimaklumkan, Menteri Besar itu berkata: "Kita akan berbincang dengan mereka juga pada peringkat ini kerana kita juga ingin mendengar pandangan mereka."

Ditanya tentang tujuan lawatan hari ini, Zambry berkata: “Kita mahu mengenali LCCT dengan lebih dekat. Itu sahaja."

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Dr Tony Fernandes, berkata kewujudan LCCT di kawasan utara memberi peluang kepada syarikat penerbangan itu yang sememangnya memerlukan lapangan terbang atau terminal tambang murah di utara.

Tony berkata syarikat penerbangan tambang murah itu boleh menjana pertumbuhan besar bagi koridor utara itu.

"Ini merupakan peluang yang baik terutama dengan Projek Permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi," tegasnya.

Menjawab soalan sama ada AirAsia mungkin membina lapangan terbangnya sendiri di utara, Tony berkata: "Tidak. AirAsia adalah sebuah syarikat penerbangan. Kami akan memberikan tumpuan kepada pengangkutan penumpang dari A ke B. Itu tugas kami." - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan