Kampung Baru Gagal Dibangunkan Kerana Tiada Pelan Komprehensif

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Salah satu faktor yang menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gagal membangunkan Kampung baru ketika menjadi Perdana Menteri ialah ketiadaan pelan pembangunan komprehensif.

Presiden Pembangunan Kampung Baru, Dr Mohd Yusof Ismail berkata membangunkan Kampung Baru memerlukan perancangan rapi dan kajian terperinci kerana ia melibatkan harta dan tanah hak milik orang Melayu.

"Masa zaman Tun dulu beliau cuma umumkan untuk bangunkan Kampung Baru, tanpa membuat tinjauan dan penyelidikan khusus, tak ada fakta dan tak ada dokumen yang ditonjolkan.

"Untuk bangunkan kawasan ini kena ada pelan komprehensif, barulah orang ramai dan penduduk boleh bagi komen dan pandangan, seterusnya berbincang untuk tindakan susulan," kata ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Mohd Yusof, membangunkan Kampung Baru tidak boleh disamakan dengan kaedah membangunkan kawasan-kawasan lain.

"Nak bangunkan Putrajaya senang, sebab ia bertujuan untuk memberi kepentingan kepada orang awam.

"Berbeza dengan Kampung Baru yang mana ia melibatkan perdagangan dan pusat komersial, setiap lot tanah ada pemiliknya," ujarnya.

Mohd Yusof berkata, selain pelan dan dokumen, penduduk di Kampung Baru juga amat mengambil berat tentang tawaran harga tanah oleh kerajaan dan kepentingan masing-masing.

Katanya, aspek harga menjadi begitu penting memandangkan setiap pemilik mempunyai hak mutlak terhadap tanah mereka di samping kawasan itu melambangkan budaya, maruah serta jati diri masyarakat

Melayu bandar yang diwarisi sejak ratusan tahun.

Jelasnya, rata-rata penduduk tidak menolak pembangunan tetapi proses membangunkan kawasan itu perlulah dibuat mengikut nilai semasa yang sepatutnya serta mendapat persetujuan pemilik tanah.

Mohd Yusof berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir dalam entri terbaru blognya bertajuk, Kampung Baru, Kuala Lumpur di http://chedet.co.cc/chedetblog, pada Selasa.

Blog itu menyebut bahawa tuntutan harga oleh tuan tanah di Kampung baru terlalu tinggi dan menyebabkan kos pembangunan turut melambung tinggi.

Masalah-masalah lain yang dihadapi semasa pemerintahan Tun Mahathir yang mengekang pembangunan di Kampung Baru pada waktu itu termasuklah masalah pemilikan tanah, pewaris dan sikap orang Melayu yang mungkin tidak berminat dengan tawaran pemaju.

"Soal harga adalah mustahak bagi orang-orang Kampung Baru. Kalau ada pelan tetapi tidak ditonjolkan tentang harga pun tidak boleh juga.

"Jika ada kaedah yang baik untuk membangunkan kawasan ini sambil kehendak dan hak mutlak pemilik dijaga, tidak mustahil pembangunan dapat dijalankan seperti yang dirancang," katanya.

Mengulas Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang turut melibatkan pembangunan Kampung Baru, Mohd Yusof tidak menolak pelan tersebut tetapi berkata ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Saya melihat dari aspek perancangan keseluruhan Kampung Baru yang perlu diperhalus dan dibincangkan lagi terutama dari segi pembahagian zon pembangunan," katanya.

Mohd Yusof pernah memegang beberapa jawatan kanan awam seperti Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Pos, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Ketua Pengarah Unit Penyelidikan Sosio Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Mahathir tetap mendoakan kerajaan sekarang akan berjaya membangunkan semula Kampung Baru agar pelancong yang ke Kuala Lumpur tidak melihat kedaifan orang Melayu di negara mereka sendiri.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan