Kadar Penembusan Jalur Lebar Malaysia Cecah 55.6 Peratus - Najib - Berita Semasa | mStar

Kadar Penembusan Jalur Lebar Malaysia Cecah 55.6 Peratus - Najib

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kadar penembusan jalur lebar Malaysia yang kini mencecah 55.6 peratus, selepas melepasi sasaran asal 50 peratus, tidak menjamin pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.

Perdana Menteri berkata kemajuan infrastruktur komunikasi itu perlu diikuti dengan aplikasi sebenar dan konkrit yang akan meningkatkan pengeluaran produktiviti.

Cara-cara baharu penyediaan aplikasi dan perkhidmatan perlu diterokai dan dirintis di seluruh sektor ekonomi, katanya semasa merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat Asean ke-10 di sini, Khamis.

"Model Baru ekonomi (MBE) yang ditambah dengan penambahbaikan yang berterusan di dalam infrastruktur komunikasi dan ICT bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia menjadi yang berpendapatan tinggi dan pertumbuhan kualiti untuk tempoh satu dekad akan datang dengan pengetahuan dan inovasi sebagai elemen utamanya," kata Najib.

Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10), katanya jelas memaparkan peranan utama ICT sebagai asas kepada usaha negara untuk melonjak ke hadapan ke dalam ekonomi berpendapatan tinggi.

"Kemajuan besar di dalam rancangan itu akan menyaksikan ICT mengembang, kerana ia mencakupi keseluruhan ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia," katanya.

Di Malaysia, katanya telekomunikasi dan ICT bertindak sebagai pemboleh bagi pembangunan ekonomi dan pertumbuhan sejak sedekad yang lepas.

Di kalangan negara anggota Asean, katanya ICT telah dikenal pasti sebagai salah satu tonggak Ekonomi Asean.

"ICT mempunyai kesan pergandaan yang besar bagi pertumbuhan ekonomi kerana ia berpotensi menjadikan rantaian bekalan lebih efisien, lebih banyak kerjasama, transaksi kewangan yang lebih pantas, penetapan harga lebih dinamik dan proses lebih telus," katanya.

ICT, katanya boleh mempercepatkan aliran barangan dan perkhidmatan merentasi sempadan negara, yang disokong oleh daya saing yang berkesan, ICT merangsang dan menambah baik perdagangan dengan menghubungkan rakyat dan tempat yang sebelum ini tidak dihubungkan.

Salah satu contoh terbaik bagaimana struktur baharu muncul industri ICT mengalami evolusi, kata Najib boleh dilihat melalui peningkatan jaringan sosial dan penyelesaian persekitaran Web 2.0.

"Penyelesaian Web 2.0 memperkasakan individu bagi menggunakan internet bagi dijalin kerjasama, inovasi dan perkongsian maklumat global," katanya.

"Ia bukan sahaja memperkasakan dan mengubah kehidupan individu, dunia Web 2.0 telah membiakkan model perniagaan baharu dan mengubah cara barangan dijual, kandungan disediakan dan nilai diwujudkan," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan