Insiden Kapal Kargo Karam: 10 Anak Kapal Termasuk Lima Rakyat Malaysia Terselamat

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sepuluh daripada 18 anak kapal kargo MV Soon Bee II yang karam di perairan Kuala Rajang Selasa lepas, dijumpai dalam keadaan selamat di Kampung Kabong Sarikei pagi Khamis.

Pengarah Operasi Maritim Wilayah Sarawak Kapten Maritim Abdul Razak Lebai Omar berkata lima daripadanya ialah rakyat Malaysia iaitu Iman Fahrudi (jurugan), Sadri Ismail (ketua pegawai), Wong Kie Ket, Robert Aling anak Kiniding dan Jong Poh Siong.

Lima lagi merupakan rakyat India iaitu Athoaba Baremron Kabul, Vivek Kumar Sharma, Narotam Banshiyar, Maniah Kumar Singh dan Ravinderdeep Singh.

Abdul Razak berkata mereka dijumpai terdampar di pantai Kampung Kabong oleh pasukan mencari dan menyelamat yang diketuai Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) Kuching dengan kerjasama Pasukan Gerakan Marin dan Bomba dari Sarikei, unit udara Tentera Udara Diraja Malaysia Labuan serta polis Kuching.

"Tujuh anak kapal yang terselamat telah dihantar ke Hospital Saratok dan tiga ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata mangsa hanyut sejauh 21 batu nautika ke selatan selepas kapal kargo itu karam di kedudukan lapan nautika dari Boya No 1 Kuala Rajang, ketika dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu Selasa lepas.

Lapan mangsa yang hilang ialah Bong Youn Choi, Jong Qing You, Bong Kui Son serta Paturaa anak Sipor dari Malaysia, manakala empat lagi rakyat India iaitu Tripati Yogesh Kumar, Arun Mathunny Raj, Vijit Hazarika dan Akhand Pratap Singh.

Ketua Penguat kuasa Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Ismail Bujang Pit berkata operasi mencari dan menyelamat yang terpaksa dihentikan awal Khamis berikutan ombak besar, akan diteruskan di lokasi kapal kargo berkenaan tenggelam sebaik keadaan cuaca mengizinkan.

Beliau berkata kapal nelayan, terutama yang ke laut dalam di Tanjung Manis, telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan diminta membantu usaha mencari dan menyelamat anak kapal yang masih hilang.

Katanya, APPM menerima laporan kecemasan daripada kapal terbabit yang berdepan masalah kebocoran pada Selasa malam, namun cuaca buruk dan ombak besar sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter, menyebabkan usaha mencari dan menyelamat sukar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan