HDC Sasar RM2 Bilion Pelaburan Taman-Taman Halal

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) mensasarkan pelaburan baru bernilai RM2 bilion mengalir masuk ke lapan taman halalnya tahun ini dari kalangan para pelabur tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Jamil Bidin berkata taman-taman halal itu telahpun beroperasi di pelbagai lokasi seluruh negara dan telah menarik sejumlah RM4.8 bilion pelaburan setakat ini.

"Halal ialah kelebihan utama di sini. Sistem dan infrastruktur yang kami tawarkan amat menarik untuk para pelabur luar.

"Antara negara-negara yang berminat untuk melabur di taman-taman ini ialah Jepun, Pakistan dan Australia," kata beliau kepada pemberita di satu majlis di sini, Khamis.

Mengenai perbadanan HDC, beliau berkata adalah diharapkan yang Rang Undang-undang Akta Berkanun HDC dapat dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Draf itu, kini sedang disediakan oleh pasukan HDC sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dan kemudiannya kepada kabinet untuk diluluskan.

"Kami berharap dengan penswastaan ini, HDC boleh diiktiraf sebagai titik utama kepada industri halal. Ia juga membolehkan HDC mendapat kuasa melaksanakan kesemua inisiatifnya.

"Ini juga bermakna sebarang isu berkaitan dengan peruntukan belanjawan oleh kerajaan, khususnya untuk projek-projek pembangunan, boleh disalurkan dengan baik kepada HDC," jelas beliau.

Mengulas mengenai Program Juara Halal, beliau berkata syarikat telah memperuntukkan RM1 juta untuk empat syarikat, dengan masing-masing mendapat RM250,000.

"Pelan induk HDC direka untuk mewujudkan persekitaran paling kondusif bagi industri untuk berkembang. Ia memperincikan beberapa program untuk dilaksanakan dalam tahun ini, disokong oleh Bidang Utama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri," kata Jamil.

Sementara itu, mengenai Persidangan Penyelidikan Halal Dunia 2011 yang akan diadakan di sini mulai 6 hingga 7 April, Jamil berkata ia akan memberi penekanan kepada pengkomersilan sistem eko halal untuk faedah peserta industri.

Persidangan dua hari yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan