Gapena Anjur Perhimpunan Bantah Politikkan Buku Interlok

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) bersama 21 badan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan perhimpunan memprotes isu mempolitikkan buku Interlok, Sabtu ini.

Ketua Satu Gapena Tan Sri Prof Emeritus Dr Ismail Hussein berkata himpunan di perkarangan Rumah Gapena pada pukul 2.30 petang itu bertujuan memperlihatkan kesatuan di kalangan orang Melayu menentang sebarang usaha mempolitikkan karya sastera demi keuntungan pihak tertentu.

"Kami menentang politisasi kerana Gapena memperjuangkan kesusasteraan dan dalam kes ini (Interlok) adalah isu sastera.

"Kami sebagai badan mempertahankan penulis dan karya sastera akan terus mempertahankan penulis dan Interlok dari sudut isi dan misi yang terkandung dalam karya itu," katanya pada sidang media berkaitan Perhimpunan Memprotes Mempolitikkan Interlok di Rumah Gapena di sini, Khamis.

Hadir sama Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) Mohamad Saleeh Rahamad dan Ketua Media Gapena Borhan Md Zain.

Ismail berkata tindakan membantah, membakar novel serta gambar penulis yang berkemungkinan terjadi ekoran kenyataan tidak bertanggungjawab ahli politik dan pemimpin kaum tidak harus dipandang ringan kerana tindakan itu boleh mengundang masalah dan harus ditangani demi menjaga integriti penulis dan kesusasteraan nasional.

Sementara itu, Borhan berkata beberapa NGO telah menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan itu, antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ikatan Persuratan Melayu dan Persatuan Kebajikan Penulis Negeri Selangor (Kemudi) serta beberapa persatuan silat.

Dalam perkembangan lain Borhan turut mengumumkan Gapena akan mengadakan Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia bagi membincangkan isu-isu terkini berkaitan kedua-dua negara pada pukul 10 pagi di tempat dan hari yang sama. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan