Banjir Di Kelantan Pulih Sepenuhnya

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Banjir gelombang ketiga yang melanda Kelantan sejak minggu lepas pulih sepenuhnya, Khamis.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata kesemua pusat pemindahan banjir ditutup sejak semalam apabila kesemua 3,579 mangsa banjir di enam daerah pulang ke rumah masing-masing.

"Sehingga malam tadi, kawasan yang terakhir masih dilanda banjir ialah daerah Tumpat," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata kesemua laluan yang dinaiki air sebelum ini dibuka kepada semua kenderaan.

Antara daerah yang dilanda banjir di negeri ini ialah Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Pasir Mas dan tinjauan Bernama mendapati ramai penduduk di sekitar Rantau Panjang dan Tumpat mula membersihkan lumpur yang memenuhi rumah mereka. Kejadian banjir kali ini turut mengorbankan tiga nyawa iaitu Siti Aishah Kamarul Zaman, 10, yang lemas ketika bermain air di Kampung Limbat, Pasir Tumboh; Mohd Haikal Sobri, 8, juga ketika bermain air di Sungai Lubok Kuing, Gunung; dan Farid Zulkifli, 17, yang ditemui lemas di Sungai Kampung Talak, Chabang Empat, Tumpat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan