Angin Perubahan Pengundi Cina Terhadap BN Di DUN Tenang

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABIS: Terdapat perubahan di kalangan pengundi Cina untuk kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tenang kali ini, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Malah beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, angin perubahan pengundi Cina terhadap BN kali ini memungkinkan ia memenangi DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,500 undi pada pilihan raya umum 2004.

"Saya melihat daripada laporan yang diterima daripada ketua-ketua peti undi, ketua cawangan dan rakan-rakan MCA yang mendapati ada perubahan daripada masyarakat Cina untuk menyokong BN berbanding pada pilihan raya umum 2008," katanya selepas melawat Kampung Baru di sini, Khamis.

Pada pilihan raya umum 2008, BN walaupun menang dengan majoriti 2,492 tetapi tewas di ketiga-tiga peti undi di mana majoriti pengundinya terdiri daripada masyarakat Cina.

Pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan pada 30 Januari ini, berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil terbabit akan dijalankan pada 22 Januari ini.

Ahmad melahirkan keyakinan bahawa masyarakat Cina akan menolak Pas pada pilihan raya kecil ini, kerana ia tidak akan memberikan sebarang keuntungan kepada pengundi di segi pembangunan tempatan, kerana pihak yang berkemampuan untuk membawa pembangunan adalah BN.

"Pembangkang tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka bukan kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Sia-sia jika menyokong pembangkang kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa, perabih beras saja," katanya.

Pembangkang katanya, tidak mempunyai sebarang peruntukan kewangan untuk menjalankan projek pembangunan di Johor.

Mengenai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang, beliau berkata, calon yang dipilih seharusnya seseorang yang disukai oleh pengundi dan berkemampuan untuk membawa kemenangan besar terhadap BN.

Selain itu katanya, calon itu juga mampu untuk memberi perkhidmatan yang terbaik terhadap semua kaum di DUN Tenang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan