TM Tawar Pakej UniFi Percuma Sebulan Untuk Pelanggan Baharu Dalam Talian

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM), kumpulan komunikasi dan maklumat bersepadu utama Malaysia, kini menawarkan yuran langganan pakej UniFi percuma selama sebulan kepada semua pelanggan baharu yang mendaftar secara dalam talian.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, TM berkata pendaftaran secara dalam talian itu membolehkan orang awam menggunakan saluran baharu ini untuk mendaftar dan menyemak perkhidmatan UniFi dengan pantas menerusi www.tm.com.my.

"Proses ini membolehkan pelanggan baharu menyemak kesediaan perkhidmatan berdasarkan alamat, mewujudkan kata laluan dan profil tersendiri, menguruskan akaun mereka dan membuat temu janji pemasangan," katanya.

Dilancarkan pada September 2008, projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) nasional bernilai RM11.3 bilion itu ialah Usaha sama Awam-Swasta antara TM dan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.

TM membelanjakan sehingga RM8.9 bilion manakala Kerajaan menyumbang sebanyak RM2.4 bilion menerusi kaedah tuntutan berdasarkan perkembangan projek yang dicapai oleh TM. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan