SMS Palsu Tersebar Kononnya Shuhaimi Letak Jawatan

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu khidmat pesanan ringkas palsu kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie akan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat pada satu sidang media, tersebar pagi Rabu.

Wartawan yang berkejar ke pejabat ADUN berkenaan mendapati SMS itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa diketahui motif mereka.

SMS berkenaan iaitu: "Hebahan media; segala hormatnya jemput ke Sidang Media Yb Tuan Shuhaimi Shafie Adun Sri Muda akan umum p'letakan jawatan sbg Adun di pej Jln anggerik vanila 31R Kota kemuning."

Kontroversi melibatkan ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bermula apabila memberikan komen yang disifatkan tidak menghormati Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Ekoran isu itu juga, pejabat Shuhaimi disimbah cat merah baru-baru ini.

Dalam pada itu polis akan mengambil keterangan Shuhaimi petang ini berkaitan kes tersebut.

Sementara itu, Naib Ketua Cabang Kota Raja Kamarul Zaman Sanusi, beliau menafikan perkara itu sambil menyifatkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh wartawan awal pagi ini berniat jahat.

"SMS yang dihantar kepada wartawan adalah palsu. Ia berniat jahat yang dilakukan oleh musuh-musuh politik yang berkepentingan. Ini bukan kerja daripada sebelah kita.

"Beliau telah dimaklumkan mengenai hal ini, namun akan memberi sebarang kenyataan selepas memberi keterangan kepada polis petang ini,"katanya yang ditemui di ibu pejabat ADUN di Bukit Kemuning pada Rabu.

Kata Kamarul, SMS seperti itu merupakan yang pertama diterima oleh pihaknya.

"Ini pertama kali SMS diterima yang mengatakan beliau mahu letak jawatan sebagai wakil rakyat. Tapi SMS yang kata beliau nak keluar parti itu tidak terkira banyaknya," katanya.

Ketika ditanya sama ada pihak Suhaimi akan membuat laporan polis mengenai SMS palsu ini, Kamarul berkata pihaknya masih tiada sebarang bukti.

Namun kata Kamarul, perkara ini hanya direka oleh musuh-musuh politik beliau.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa kelibat wakil rakyat tidak kelihatan, Kamarud menjelaskan ia bagi mengelakkan keterangan Shuhaimi diputar belitkan.

"Saya ada berhubung dengan beliau (Shuhaimi) dia tahu mengenai hal ini. Saya percaya beliau ada salinan sms tersebut. Beliau memang banyak musuh tapi setakat ini beliau sangat sibuk," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan