Perdana Menteri Dijangka Melawat Sabah Pada 28 Dan 29 Jan

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melawat Sabah pada 28 dan 29 Jan ini bagi merasmikan sebuah taman dan pusat penyelidikan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Najib akan tiba di sini pada 28 Jan bagi merasmikan Taman Ujana Perdana, sebuah taman rekreasi di Tanjung Aru.

"Selepas merasmikan Taman Ujana Perdana, Datuk Seri Najib akan menghadiri pesta tanglung sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba serta bertemu rakyat di Lintasan Deasoka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri pada Rabu.

Musa berkata Najib dijangka berlepas ke Tawau pada hari berikutnya bagi merasmikan Pusat Pengajian Maliau Basin yang baru, iaitu sebuah pusat penyelidikan, pendidikan dan alam semulajadi bagi tujuan pelancongan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan