Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat Tidak Realistik - Penganalisis Politik

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Pelan 100 Hari" pakatan pembangkang jika mereka dapat memerintah negara hanya janji politik dan tidak realistik, kata penganalisis politik Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin.

Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata kebanyakan tawaran berkenaan bukanlah benda baru.

"Ini hanya hendak tunjukkan bahawa dia (pembangkang) hanya ada rancangan sahaja, dan idea yang ditonjolkan juga saya lihat terbatas," katanya yang turut memberitahu Bernama hampir kesemua tawaran dalam pelan itu telahpun dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian ketika mengulas pelan pakatan pembangkang yang dilancarkan bulan lalu dan mengandungi sembilan perkara, termasuk pengurusan negara, ekonomi serta pendidikan, yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) Ke-13 nanti.

Shamsul Amri berkata sebagai contoh, tawaran menghapuskan tol walaupun satu cadangan yang baik, namun cara pelaksanaannya diragui.

"Sebenarnya, Khazanah (Nasional Berhad) dan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang diarahkan untuk mengambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan untuk menghapuskan tol, telahpun mempunyai banyak perkara yang perlu diuruskan.

"Pembangkang tidak melihat ini dan menganggap KWSP dan Khazanah tidak mempunyai tanggungan lain. Mereka tidak menyatakan perkara lain yang diuruskan KWSP dan Khazanah kerana mereka takut kedua-dua badan inilah yang melakukan banyak perkara membantu kerajaan.

"Saya hairan mengapa mereka tidak menyatakan fakta yang sebenar, dan bagi saya, apa yang dikatakan hanya setengah kebenaran manakala setengah lagi disembunyikan," katanya.

Menyentuh tawaran menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan, Shamsul Amri menyifatkan cadangan itu kebudak-budakan kerana adalah lebih baik jika kelayakan guru di sekolah rendah dinaikkan, sekurang-kurangnya memiliki ijazah.

"Bagi saya, bila kelayakan guru itu dinaikkan kepada ijazah, ia sekaligus mampu memberikan pelajar kita guru yang berkualiti daripada memberi RM500 yang memangnya tidak memberi jaminan kepada pendidikan bermutu," katanya.

Shamsul Amri yang dinobatkan sebagai Profesor Ulung pada 15 Dis lepas, berkata rakyat tidak akan termakan janji yang sering ditaburkan oleh gabungan PAS-DAP-PKR itu.

Bagi pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian, beliau bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan program yang dibentangkan pakatan pembangkang itu sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

"Pembangkang hanya tahu berjanji, tetapi bagi negeri-negeri yang mereka menangipun (pada pilihan raya umum 2008), ada janji yang belum ditunaikan.

"Jadi di sini, kerajaan harus meyakinkan rakyat bahawa program 100 hari yang ditawarkan pembangkang itu tidak mampu dilaksanakan, kerana kelak jika ia dilaksanakan, akan menyusahkan rakyat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan