Ng Yen Yen Lancar Pameran Foto Akhbar Sedunia Ke-10

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pameran Foto Akhbar Sedunia ke-10 bukan sekadar bertujuan memberikan kredit kepada kewartawanan foto, malah mendidik orang ramai mengenai apa yang berlaku dalam abad ke-21, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

"Setiap foto dalam pameran ini menggambarkan keadaan dunia, bukan sekadar keindahannya malah kejadian dahsyat yang berlaku di seluruh dunia," katanya semasa melancarkan pameran itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Selasa.

Beliau berkata pameran itu juga merupakan platform yang sesuai untuk wartawan foto Malaysia mempersembahkan negara kepada dunia, dan gembira ia kembali ke negara ini selepas lapan tahun.

Pameran anjuran bersama Kedutaan Belanda di Malaysia dan syarikat TNT Malaysia berlangsung mulai hari ini hingga 27 Januari.

Sementara itu, Duta Besar Belanda Paul Bekkers berkata pameran tersebut juga memberi peluang kepada kedua-dua negara meningkatkan hubungan kebudayaan dan persahabatan yang sedia terjalin mesra.

"Ada sebab kami membawa (pameran) Foto Akhbar Sedunia ke sini, iaitu kerana kesenian dan kebudayaan merupakan alat penting bagi mempelajari dan mengenali antara satu sama lain," katanya.

Pengurus projek pameran itu, Jurre Janssen pula berharap ia dapat menggalakkan pengaliran bebas maklumat di Malaysia dan memberi peluang rakyat di negara ini melihat imej terbaik dari seluruh dunia.

"Misi kami ialah merangsang kualiti tertinggi di bidang kewartawanan foto dalam skala antarabangsa yang merentasi sempadan geografi, politik dan budaya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan