MCA Gelang Patah Dan Pulai Tubuh Gabungan Pasukan Khidmat Awam

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Dua bahagian MCA yang berjiran iaitu Gelang Patah dan Pulai, telah menubuhkan Gabungan Pasukan Khidmat Awam bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang efisien.

Ia dipengerusikan oleh pegawai khas Menteri Besar Johor Low Teh Hian dan dianggotai semua exco kedua-dua bahagian.

Naib pengerusi gabungan itu yang juga Ketua Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh berkata ia akan menumpukan khidmatnya kepada tiga sasaran utama iaitu kemudahan infrastruktur, keselamatan dan pendidikan.

"Penduduk di kedua-dua kawasan boleh menyalurkan segala masalah mereka kepada kami, yang mana kami yakin akan dapat diselesaikan dengan lebih efisien selepas ini," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata sebelum ini, penduduk yang tinggal di pinggir sempadan kedua-dua kawasan berdepan kekeliruan dalam menyampaikan masalah mereka kepada pusat khidmat bahagian.

"Penduduk di pinggir sempadan kedua-dua kawasan tidak tahu kepada siapa mereka harus merujuk masalah mereka.

"Ada kejadian di mana penduduk dari Gelang Patah merujuk masalah mereka kepada pusat khidmat Pulai, dan rakan kita di pusat Pulai terpaksa merujuk masalah itu kepada kita, menyebabkan masalah itu lambat diselesaikan atau terlepas pandang," katanya.

Low berkata ini menyebabkan penduduk marah dan menyalahkan agensi kerajaan kerana lambat bertindak walhal kelewatan itu bukan berpunca daripada agensi terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata dengan penyampaian yang lebih efisien, pasukan itu berharap imej MCA dan Barisan Nasional diperbaiki di mata lebih 180,000 pengundi di kedua-dua kawasan yang mempunyai jangkaan tinggi terhadap perkhidmatan kerajaan.

"Kita turut berharap dengan pasukan ini, kita akan dapat merapatkan diri dengan rakyat dan memastikan hubungan kita dengan mereka tidak terjejas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan