Masyarakat Cina Diminta Timbang Implikasi Penubuhan Negara Islam

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Masyarakat Cina khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor diminta membuat pertimbangan mendalam mengenai implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata PAS semestinya akan menjadikan agenda itu sebagai satu kenyataan jika dipilih memerintah.

"PAS tidak akan berundur daripada penubuhan negara Islam, ini satu peringatan kepada DAP dan semua rakyat bukan Islam. Jika tengok semua parti politik di negara ini, hanya PAS yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik.

"Jika PAS mempunyai kuasa dan memerintah, dia kena memenuhi apa yang dia lakukan dan menepati perlembagaannya untuk menubuhkan negara Islam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan dan meraikan warga emas sempena Tahun Baru Cina di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penubuhan negara Islam dan penguatkuasaan undang-undang Islam dalam satu majlis parti itu di Felda Chemplak Barat, Labis pada Isnin lepas.

Chua berkata MCA bukan menggunakan isu itu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina sebaliknya ia perlu diberi pertimbangan yang mendalam.

"Setiap kali mereka (PAS) akan kata MCA menggunakan ini untuk menakutkan kaum Cina. Kita bukan (menakutkan) dan tak payah menakutkan, dan saya berharap kaum Cina dapat memberi pertimbangan yang mendalam implikasinya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan