Lapan Sekolah Terjejas Banjir Di Kelantan Masih Ditutup

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RANTAU PANJANG: Seramai 2,175 pelajar di tiga jajahan Kelantan belum dapat meneruskan sesi pembelajaran kerana lapan sekolah yang terjejas banjir masih ditutup esok.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Hussain Awang berkata sekolah-sekolah yang masih ditutup itu adalah empat di Tumpat, dua di Rantau Panjang dan dua lagi di Gua Musang.

"Banjir secara keseluruhannya bertambah baik tetapi beberapa kawasan persekitaran sekolah dan laluan ke sekolah masih ditenggelami air menyebabkan sekolah berkenaan belum dapat beroperasi semula," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Di Tumpat sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bendang Pak Yong, SK Simpangan, SK Telok Jering dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurul Huda.

Di Rantau Panjang, ia membabitkan SABK Al-Fallah dan SABK Diniah manakala di Gua Musang sekolah yang ditutup ialah SK Bihai dan SK Balar. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan