Koperasi Hanya Boleh Guna Perkataan 'Bank' Selepas Kelulusan

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Koperasi yang mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menjalankan aktiviti perbankan tidak dibenarkan menggunakan perkataan "bank" atau "co-opbank" semasa proses menerangkan penubuhan koperasi itu.

"Penggunaan nama Koperasi Co-opbank Islam Malaysia Berhad hanya boleh digunakan setelah SKM berpuas hati bahawa koperasi berkenaan telah mematuhi sepenuhnya Garis Panduan 11 iaitu Garis Panduan Koperasi Menjalankan Aktiviti Perbankan dan juga setelah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia," kata Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Md Yusof Samsudin dalam satu kenyataan.

Pada 29 November tahun lepas, SKM mengeluarkan surat kebenaran kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) untuk menubuhkan sebuah koperasi menengah yang menjalankan aktiviti perbankan.

Angkasa telah membuat kenyataan akhbar yang menyebut mengenai "bank pertama Angkasa dapat kelulusan SKM", tetapi menurut Md Yusof, kenyataan itu tidak tepat dan ini telah menyebabkan orang awam beranggapan operasi bank itu telah bermula.

Katanya SKM telah mengeluarkan surat peringatan kepada Angkasa supaya tidak menggunakan perkataan "bank" atau "co-opbank" semasa membuat penerangan penubuhan koperasi itu.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan