JPJ Sita Dua Bas Persiaran: Kong Cho Ha

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita dua bas pesiaran atau pelancongan yang cukai jalannya tamat tempoh serta tidak dilindungi insurans dalam pemeriksaan ke atas 415 bas di seluruh negara setakat Isnin lepas.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pemeriksaan yang dijalankan selama 11 hari itu juga menyaksikan sebanyak 94 bas diambil tindakan, membabitkan 176 kesalahan.

"Operasi memberi tumpuan khusus ke atas kenderaan pelancongan, operasi penguatkuasaan ke atas bas pesiaran dan pelancongan dijalankan bagi memastikan keselamatan kenderaan perkhidmatan awam selamat digunakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 112 anggota menyamar sebagai penumpang mulai Jumaat lepas dan JPJ turut mengedarkan borang bagi membolehkan penumpang bas ekspress membuat aduan berhubung perilaku atau sikap pemandu mulai Jumaat lepas.

"Antara kesalahan yang perlu diberi perhatian oleh penumpang ialah pemandu menggunakan telefon bimbit semasa memandu, merokok, memotong di garisan berkembar dan memandu di lorong kanan untuk jangka masa yang lama," katanya.

Kong berkata, JPJ melakukan pemeriksaan terhadap brek, tayar, buku log pemandu, lesen pemandu, Lesen Kenderaan Motor dan permit selain menjalankan ujian air kencing ke atas pemandu dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

"Pemeriksaan bas ekspres ini dilakukan bagi memastikan pemandu mematuhi undang-undang dan mengembalikan keyakinan pengguna untuk menggunakan kenderaan perkhidmatan awam, dengan memberi tumpuan kepada kenderaan perkhidmatan awam yang selamat.

"Setiap hari, lebih kurang 972 buah ekspress diperiksa di terminal bas utama negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 4,381 kenderaan perdagangan dikesan gagal dalam pemeriksaan berkala tiga kali berturut-turut pada tahun lepas berbanding 4,362 pada 2009.

Katanya, sebanyak 27,999 aduan bergambar oleh anggota JPJ dan orang ramai di seluruh negara dikeluarkan pada tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan