Hassan Ali Nasihat Shuhaimi Mohon Maaf

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei supaya tampil mengemukakan permohonan maaf kepada semua pihak berhubung dakwaan menghina Sultan Selangor menerusi blognya baru-baru ini.

Hasan berkata, beliau akan menemui Shuhaimi dan menasihatkannya agar memohon maaf kepada pihak Istana Selangor bagi meleraikan kemelut yang berlaku.

"Saya akan jumpa Shuhaimi dan memberi nasihat kepadanya agar memohon maaf," katanya pada sidang media di Pusat Khidmatnya di sini, Rabu.

Shuhaimi sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor 'beraja di mata, bersultan di hati' dalam blognya pada 30 Disember lepas.

Setiausaha sulit Sultan Sharafuddin Idris Shah Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan pada 4 Januari lepas, berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Kenyataan Shuhaimi itu boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci baginda.

Shuhaimi bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan bersedia menghadap Sultan Selangor untuk memohon maaf.

Sementara itu, mengulas mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang akan diadakan pada 24 Januari ini yang antara lainnya dijangka untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Hasan berkata, PAS menyokong mengenai tindakan tersebut.

Jelasnya isu sebenar yang perlu dilihat ialah bukannya membabitkan soal individu iaitu kontroversi perlantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, sebaliknya mengenai isu kesamaran undang-undang yang ada.

"Ia bukan soal perlantikan Datuk Mohammed Khusrin, tapi kita cuba untuk membebaskan kesamaran yang wujud dalam proses perlaksanaan sesuatu undang-undang itu," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan