Anggota Suruhanjaya Diraja Tunggu Perkenan Agong

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Senarai anggota Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan untuk mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi kes kematian Teoh Beng Hock, akan diumumkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu masih dalam proses dan kerajaan sedang meneliti nama-nama berkenaan sebelum dikemukakan kepada Seri Paduka Baginda.

"(Bagaimanapun), saya tak dapat menghadap kerana Yang di-Pertuan Agong berada di luar negara," katanya kepada pemberita di Seri Perdana pada Rabu, selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki bulan lepas.

Minggu lepas, beliau mengumumkan penubuhan satu Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses siasatan terhadap Teoh, pembantu seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor yang ditemui mati terjatuh dari bangunan SPRM Selangor selepas disoal siasat oleh suruhanjaya itu tahun lepas.

Najib berkata Suruhanjaya Diraja itu akan diwujudkan dengan terma-terma khusus yang akan ditetapkan dan pihak kerajaan akan melantik ahli-ahli suruhanjaya daripada kalangan mereka yang terbilang dan dihormati.

Mengenai novel Interlok yang menjadi kontroversi kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India, Perdana Menteri berkata perkara itu dibincangkan pada mesyuarat kabinet hari ini tetapi tiada keputusan dibuat. Katanya ini kerana perbincangan perlu diadakan terlebih dahulu bagi menenangkan keadaan.

"Kita minta supaya kaum India memilih beberapa orang untuk berdialog dengan Kementerian Pelajaran supaya kita dapat menentukan cara mana kita boleh menenangkan keadaan," kata Najib.

Sabtu lalu, sekumpulan masyarakat India bertindak membakar novel itu dan terdapat desakan pihak tertentu yang mahukan novel itu diharamkan daripada dijadikan teks untuk komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Sijil Pelajaran Malaysia bermula tahun ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan