AirAsia Siasat Insiden Pesawat Terbabas

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, akan melakukan siasatan penuh dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)kejadian pesawatnya yang terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) semasa hujan lebat malam semalam.

Menurut satu kenyataan AirAsia hari ini, laporan awal mendapati darjah penglihatan ketika itu adalah cukup baik untuk melakukan pendaratan.

Juruterbang berjaya mengawal pesawat untuk berhenti dengan selamat dan melaksanakan pemindahan para penumpang selaras dengan prosedur operasi standard syarikat. Kesemua 123 penumpang pesawat penerbangan AK5218 dari Kuala Lumpur dipindahkan dengan selamat.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital untuk pemerhatian sebelum dibenarkan keluar kemudian. Penerbangan AirAsia dari Kuching yang terjejas akibat insiden itu adalah AK6036 (ke Kota Kinabalu - 6.10 pagi), AK5203 (ke Kuala Lumpur - 6.15 pagi), AK6562 (ke Bintulu - 6.20 pagi), AK6526 (ke Bintulu - 8.35 pagi) dan AK5201 (ke Kuala Lumpur - 9.35 pagi).

Penerbangan lain yang terjejas adalah AK6673 (ke Singapura - 9.50 pagi), AK5843 (ke Johor Baharu - 10.30 pagi), AK6546 (ke Miri - 11.10 pagi), AK5205 (ke Kuala Lumpur - 11.55 pagi), AK6505 (ke Pulau Pinang - 12.20 tengah hari) dan AK5207 (ke Kuala Lumpur - 1.55 petang).

Para penumpang AirAsia yang terjejas akibat penutupan lapangan terbang ekoran insiden itu dinasihatkan menghubungi talian +603-2614 2999 dengan kata laluan 1231 10111. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan