17 Anak Kapal Termasuk Juragan Dikhuatiri Hilang Di Laut China Selatan

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seramai 17 anak kapal kargo termasuk juragan M.V. Soon Bee II dilapor hilang ketika dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu lewat petang semalam.

Sehingga malam ini, nasib mereka belum dapat dipastikan, kata Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Ismail Bujang Pit ketika mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata setakat ini pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) masih gagal untuk mengesan kedudukan kapal tersebut.

"APMM menerima laporan kecemasan daripada kapal terbabit yang menghadapi masalah kebocoran malam semalam dan sehingga hari ini gerakan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal mengesan kedudukan kapal kargo itu," katanya ketika dihubungi jam 9 malam ini.

Katanya, cuaca buruk dan ombak besar sekitar 3.5 meter menyebabkan pihaknya sukar untuk melakukan operasi mengesan.

Kapal tersebut yang bertolak dari Kuching pada jam 8.00 pagi ke Sarikei dan Sibu, sepatutnya tiba di Sarikei sekitar jam 9.00 malam semalam.

Menurutnya, dua kapal APMM yang berpangkalan di Kuching telahpun diarahkan untuk membantu operasi SAR di kawasan perairan Kuala Rejang selain bantuan daripada beberapa kapal tunda laut dalam di Tanjung Manis. Ketua Polis Daerah Sarikei, Supritendan Philip Picha Rumpang yang turut mengesahkan kejadian tersebut berkata pemilik kapal berkenaan membuat laporan polis apabila mendapati ia tidak tiba di Sarikei seperti yang dijadualkan lewat malam semalam.

Katanya, 17 orang dalam kapal itu ialah Imam Fahrudi (juragan), Sadri Ismail (ketua pegawai), Athoaba Baremron Kabui, Tripati Yogesh Kumar, Vivek Kumar Sharma, Wong Kie Ket, Robert Aling anak Kinking, Bong Youn Choi, Jong Qing You, Arun Mathunny Raj, Vijit Hazarika, Manish Kumar Singh, Akhand Pratap Singh, Ravinderdeep Singh, Narotam Banshiyar, Bong Kui Seng dan Perates anak Sapor.

"Walaupun ada laporan yang mengatakan kapal terbabit telah dijumpai dan semua mangsa selamat, namun setakat ini polis belum lagi menerima laporan rasmi berhubung maklumat tersebut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan