Perbezaan Pendapat Punca Misbun Letak Jawatan, Kata Ahmad Shabery

Diterbitkan: Selasa, 11 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih pemain perseorangan badminton negara adalah bersifat teknikal mengenai aspek kejurulatihan dan bukannya bersifat peribadi, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Berdasarkan luahan hati Misbun, keputusannya meletak jawatan daripada BAM (Persatuan Badminton Malaysia), sehari sebelum tahun baru ialah berdasarkan perdekatan berbeza dalam aspek kejurulatihan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Sukan Malaysia, di sini Isnin.

Ahmad Shabery berkata rumusan tersebut berdasarkan pertemuannya dengan Misbun, presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh dan ketua pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong, malam tadi.

Beliau berkata pada pertemuan antara mereka berempat, "Datuk Nadzmi memberi pandangannya mengenai isu yang sama dan (beliau juga) akan membawa luahan hati Misbun kepada mesyuarat exco BAM pada Rabu ini."

"Terpulang kepada exco badan induk badminton negara untuk memutuskannya dan mahukan mesyuarat exco BAM untuk membuat keputusan menang-menang agar tidak memberi kesan kepada sukan tersebut memandangkan jasa Misbuk kepada kejayaan pemain badminton negara tidak boleh dinafikan," katanya.

Ahmad Shabery berkata pada pertemuan tersebut Misbun turut menafikan khabar angin bahawa dirinya dan anak didiknya, pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mempunyai agenda peribadi.

"Ada khabar angin mengatakan kedua-dua mereka mahu menubuhkan sebuah badan atau kem profesional selepas keluar dari BAM. Misbun menafikan wujudnya perancangan tersebut," katanya.

Chong Wei sebelum ini menyatakan hasratnya untuk keluar dari BAM dan menyertai `sifunya' selepas Misbun, yang melatihnya selama enam tahun, meletak jawatan.

Ahmad Shabery berkata jasa Misbun kepada kejayaan pemain badminton negara tidak boleh dinafikan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan