Najib Mahu Pembangunan Di Semua Kawasan Parlimen Diutamakan - Mukhriz

Diterbitkan: Selasa, 11 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Perjumpaan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan semua anggota Parlimen daripada Barisan Nasional baru-baru ini adalah satu bukti keprihatinan Perdana Menteri mengenai masalah yang terdapat di kawasan-kawasan Parlimen, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Dalam pertemuan itu, katanya, Perdana Menteri menitikberatkan soal pembangunan di kawasan Parlimen memandangkan ada kawasan yang jauh ketinggalan berbanding kawasan yang sudah maju.

Contohnya, walaupun Jerlun berada dalam daerah Kubang Pasu, pembangunan di kawasan itu berbeza daripada kawasan Parlimen Kubang Pasu, kata Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun, selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sini, Selasa.

Seramai 100 pelajar cemerlang UPSR dan PMR dalam kawasan Parlimen Jerlun menerima sijil penghargaan dan wang tunai manakala 500 penduduk kawasan itu turut menerima sumbangan daripada Umno dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah.

Mukhriz berkata persepsi orang ramai ialah Kubang Pasu adalah sebuah daerah maju dan Jerlun pula gagal bersaing dengan Kubang Pasu yang dilihat sudah maju. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan