Lesen Lima Pengusaha Pelancongan Dibatal Tahun Lepas

Diterbitkan: Selasa, 11 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan membatalkan lima daripada 2,867 lesen pengusaha pelancongan yang berdaftar dengan kementerian itu tahun lepas.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, pengusaha terbabit ialah Andalas Travel Sdn. Bhd., HZR Holidays Sdn. Bhd., Qaisar Travel Sdn. Bhd., Peak Link Travel Sdn. Bhd. dan Permata El Nor Holidays Sdn. Bhd.

"Kami menerima 265 aduan tahun lepas dan kebanyakannya berkaitan dengan perkhidmatan atau pakej yang teruk. Jadi apa yang kita buat adalah menyuruh mereka memulangkan wang.

"Tapi, mereka yang melanggar undang-undang kita ambil tindakan tegas dengan menarik balik lesen mereka,” katanya selepas merasmikan bangunan baru Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di sini, hari ini. Turut hadir Presiden Matta, Datuk Mohd Khalid Harun.

Ditanya mengenai kesalahan yang dilakukan pengusaha terbabit, beliau berkata: “Antaranya kita bagi mereka lesen bas pelancongan tetapi dia bagi sewa kepada orang lain, jadi dia tidak bertanggungjawab... ini dikira menyalah guna lesen.”

Yen Yen berkata, mulai tahun ini, pengusaha pelancongan perlu menghadiri kursus sebelum mereka boleh memperbaharui atau mendapatkan lesen dalam usaha memastikan mereka memahami dengan jelas tanggungjawab sebagai pengusaha pelancongan.

Beliau berkata, kementerian juga mewujudkan “Prosedur Operasi Piawaian” untuk pengusaha pelancongan sebagai garis panduan dan meletakkan keselamatan pelancongan sebagai aspek penting yang perlu diutamakan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan