Polis PJ Guna Kad Sektor Bagi Memudahkan Kerja Kepolisan

Diterbitkan: Isnin, 10 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis Petaling Jaya hari ini mengedarkan kad sektor konstabel polis kepada orang ramai bagi memudahkan kerja-kerja kepolisan dilaksanakan di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata setiap keping kad sektor itu akan mempamerkan nama dan nombor telefon konstabel polis yang ditugaskan menjaga keselamatan di sesebuah kawasan di daerah berkenaan.

"Kad sektor ini adalah pendekatan dan saranan yang dibuat oleh Ketua Polis Selangor (Datuk Tun Hisan Tun Hamzah) baru-baru ini dan ia mempunyai fungsi yang sama seperti kad nama, yang mana ia akan diberikan kepada penduduk.

"Ia dipanggil kad sektor kerana setiap daerah Petaling Jaya ini telahpun dibahagikan kepada 174 kawasan kecil atau sektor yang mana dikawal oleh seorang atau dua anggota polis yang berpangkat konstabel secara bergilir," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kad itu di sini, Isnin.

Beliau berkata tujuan utama kad itu adalah untuk merapatkan hubungan anggota polis bawahan dengan penduduk daerah itu sekaligus memudahkan kerja-kerja polis dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan awam.

"Buat permulaan kita sasarkan kepada kawasan-kawasan kediaman. Jika sebelum ini penduduk hanya mengenali Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Balai tetapi kali ini kita mahu mereka kenal dengan anggota bawahan dan siapa yang menjaga atau mengawal kawasan kediaman mereka.

"Melalui kad ini, setiap penduduk boleh menghubungi anggota yang bertugas dan mereka boleh membuat laporan atau sebarang aduan berhubung kes jenayah yang berlaku di kawasan tempat tinggal mereka," katanya.

Arjunaidi berkata menerusi pendekatan itu beliau berharap para penduduk akan turut serta berganding bahu membanteras jenayah bersama polis dalam mengurangkan kadar jenayah sepanjang tahun ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan