Muhyiddin Mulakan Lawatan Rasmi Enam Hari Ke Amerika Syarikat

Diterbitkan: Isnin, 10 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BOSTON: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Ahad untuk memulakan lawatan kerja enam hari ke Amerika Syarikat.

Ketibaan Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, di Boston Logan International Airport pada 5 petang ini (Isnin, 6 pagi waktu Malaysia), disambut oleh Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.

Di Boston, Timbalan Perdana Menteri akan bertemu pelajar dan masyarakat Malaysia di sini dalam jamuan malam yang dianjurkan beliau pada Rabu.

Semasa berada di Washington DC pada Khamis dan Jumaat pula, beliau dijadual bertemu pegawai kanan dalam pentadbiran Presiden Barack Obama, termasuk Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Setiausaha Negara Hillary Rodham Clinton.

Dalam lawatan itu juga, Muhyiddin dijadual bertemu pemimpin Kongres Amerika Syarikat dan menjadi tetamu kehormat majlis jamuan tengah hari bersama anggota Majlis Perniagaan Amerika-Asean.

Timbalan Perdana Menteri dijadual melancarkan Program Latihan Khas Keusahawanan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (myBeST) dan menghadiri majlis meraikan para pelajar yang menyertai program pertukaran pelajar 'American Field Service Youth Exchange & Study' (AFS-YES).

Program YES merupakan program pertukaran pelajar yang ditaja oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat selepas insiden 9/11 pada 2001 untuk membantu merapatkan hubungan antara warga Amerika Syarikat dan negara-negara di seluruh dunia, terutamanya yang banyak mempunyai penduduk beragama Islam.

Lawatan Muhyiddin dilihat sebagai susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat pada April tahun lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada September, di mana beliau bertemu Presiden Obama dalam kedua-dua acara itu.

Lawatan ini juga akan meningkatkan kerjasama sedia ada dalam bidang yang dapat memanfaatkan kedua-dua negara, terutamanya perdagangan.

Muhyiddin dijangka berlepas pulang ke tanah air dari London pada Sabtu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan