Banjir Di Kelantan, Terengganu Semakin Pulih

Diterbitkan: Isnin, 10 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Keadaan banjir di Kelantan petang ini semakin pulih apabila semua pusat pemindahan di daerah Kota Baharu telah ditutup manakala keadaan banjir di Terengganu pulih sepenuhnya.

DI KELANTAN, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan kini 2,694 orang daripada 853 keluarga berbanding 3,190 orang pagi tadi.

"Kesemua mangsa dari daerah Kota Baharu telah dibenarkan pulang. Kini hanya 11 pusat pemindahan yang masih dibuka membabitkan dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat," katanya kepada Bernama.

"Keadaan banjir secara keseluruhan semakin baik apabila di Pasir Mas hanya tinggal lapan pusat masih dibuka dan Tumpat sebanyak tiga pusat masih dibuka," katanya.

Beliau berkata tujuh laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu enam di daerah Pasir Mas dan satu di Tumpat. "Enam laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan di Pasir Mas ialah Km3 Jalan Pengkalan Rakit, Km9 Pohon Tanjung-Rantau Panjang (jalan lama) Kampung Siram, Pohon Tanjung-Meranti, Km10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, km 23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 dan Km24 Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang dan di Tumpat ialah Km6 dan Km 9 Jalan Cabang Empat Kampung Jambu/Meranti," katanya.

Jurucakap itu berkata paras air Sungai Golok semakin surut namun masih melebihi paras iaitu 9.84 meter (bahaya 9 meter). Setakat ini, tiga orang menjadi korban banjir di Kelantan.

Di TERENGGANU, keadaan banjir pulih sepenuhnya apabila seramai 89 mangsa banjir di daerah Setiu dibenarkan pulang hari ini. Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata semua bilik gerakan banjir negeri Terengganu ditutup sejak pukul 10 pagi tadi.

Beliau berkata gelombang banjir kali ini menyebabkan lebih 1,000 mangsa berpindah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan