Banjir Di Kelantan Semakin Pulih

Diterbitkan: Isnin, 10 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Keadaan banjir di Kelantan pagi ini semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara menurun kepada 3,190 orang berbanding 3,579 orang yang dilaporkan malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata jumlah pusat pemindahan yang dibuka masih kekal 22 buah sebagaimana malam tadi iaitu membabitkan daerah Kota Baharu, Tumpat dan Pasir Mas.

"Seramai 3,190 mangsa membabitkan 970 keluarga masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah negeri ini.

"Berdasarkan cuaca cerah dan panas kini, mangsa dijangka dibenarkan pulang secara berperingkat apabila keadaan banjir semakin pulih," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata tujuh laluan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu enam di daearah Pasir Mas dan satu di Tumpat.

"Enam laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan di Pasir Mas ialah km 3 Jalan Pengkalan Rakit, km 9 Pohon Tanjung-Rantau Panjang (jalan lama) Kampung Siram, Pohon Tanjung-Meranti, km 10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, km 23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 dan km 24 Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang dan satu laluan di Tumpat iaitu km 6 dan km 9 Jalan Cabang Empat Kampung Jambu/Meranti," katanya.

Jurucakap itu berkata paras Sungai Golok juga menunjukkan penurunan mendadak iaitu 9.95 meter tetapi masih melebihi paras bahaya 9 meter.

Di KUALA TERENGGANU, Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri berkata banjir di daerah Setiu bertahan dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan masih kekal 89 orang seperti semalam, setakat pagi ini.

Jurucakap itu berkata 82 mangsa banjir ditempatkan di balai raya Beris Tok Ku dan tujuh orang di Sekolah Kebangsaan Rhu Sepuluh.

Semua jalan kampung yang ditutup sebelum ini, kini boleh dilalui, kata jurucakap itu.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berkata paras air di semua sungai utama di negeri ini berada di bawah paras amaran dengan paras air semakin menurun. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan