Tahun Baru Cina Disambut Hambar Akibat Rumah Hangus

Diterbitkan: Ahad, 9 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kehadiran Tahun Baru Cina tiga minggu lagi tidak bermakna bagi dua keluarga yang kehilangan rumah akibat kebakaran di Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah malam Sabtu.

Kee Gaik Cheng, 33, seorang suri rumah berkata ketika kejadian mereka sekeluarga tiada di rumah kerana keluar membeli barang, manakala anaknya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) berada di rumah kakaknya di Taman Bersatu berhampiran kampungnya.

"Saya tergerak hati hendak menghantar anak saya yang OKU di rumah kakak, kalau dia ada di rumah, saya tidak tahu apa akan jadi padanya," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata kebakaran itu berpunca daripada rumah jirannya dan disebabkan angin kencang, api marak dengan cepat.

"Jiran saya ada di rumah semasa kejadian, tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana api marak dengan cepat, lagipun dia (jiran) sudah tua dan mengalami masalah kesihatan," katanya.

Kee berkata suaminya yang bekerja sebagai tukang rumah baru menerima wang tunai sebanyak RM7,000 daripada pelanggan untuk mengubahsuai rumah dan wang itu turut musnah dalam kebakaran.

"Saya sedih sangat... bagi saya sambutan Tahun Baru Cina tahun ini sudah tidak bermakna, tak raya pun tak apa sebab semua persiapan seperti baju raya dah habis terbakar dan saya juga sedih memikirkan duit yang hangus itu kerana kami tidak ada duit untuk menggantikan semula duit yang terbakar itu," katanya.

Seorang lagi mangsa, Lim Mooi, 66, berkata dia tidak dapat menyelamatkan apa-apa kerana api marak dengan cepat.

"Saya nampak api datang dari dapur dan saya terus lari keluar rumah dan menjerit. Saya nak selamatkan barang pun saya tak larat, jiran pun tiada di rumah, saya selamatkan diri sahaja," katanya, Ahad.

Lim tinggal di rumah itu hampir 40 tahun bersama suami dan adiknya manakala Kee tinggal di rumah itu hampir 15 tahun bersama suami dan dua orang anak.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja Syukri Nayan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 8.03 malam dan sebuah jentera bomba bersama enam anggota dihantar ke tempat kejadian.

"Semasa pasukan bomba sampai kedua-dua rumah itu telah terbakar 100 peratus dan api dapat dikawal kira-kira lima minit, bomba sukarela juga turut memberi bantuan," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan