PM Janji Selesai Kemelut UMNO Perlis, Kata Shahidan

Diterbitkan: Ahad, 9 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menyelesaikan kemelut yang melanda kepimpinan UMNO Perlis yang diterajui Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata perkara itu diberitahu sendiri Perdana Menteri semasa beliau menemuinya beberapa hari lepas bagi menyatakan pendiriannya berhubung kemelut yang berlaku itu.

Katanya, bagi beliau tetap berkeras tidak boleh bekerjasama dengan Md Isa walaupun beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkenaan sejak akhir Disember lepas.

"Soal perlantikan saya sebagai timbalan, Md Isa tidak timbul, tetapi yang saya pertikaikan masalah dalaman UMNO negeri berkenaan berlarutan sejak selepas pilihan raya umum 2008 lagi sampai sekarang tidak boleh diselesaikan," katanya.

Beliau, yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada 50 keluarga mangsa kebakaran dua hari lalu, di Pusat Sivik Gua Musang, Ahad.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kedudukannya selepas mengeluarkan kenyataan baru-baru ini yang mempertikaikan Md Isa dikekalkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Dalam kenyataan itu, beliau berpendapat keputusan mengekalkan Md Isa mengetuai UMNO negeri itu mempunyai kaitan dengan campur tangan pihak tertentu yang perlu diperbetulkan semula.

Shahidan berkata beliau menemui Perdana Menteri bersama Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor dan mereka menyuarakan persetujuan untuk meneliti balik perkara berkenaan bagi menegakkan kebenaran.

"Saya sudah lama bertolak ansur dan mengalah dalam banyak perkara, kali ini saya terpaksa berkeras bagi menegakkan kebenaran. Tegasan saya ini juga bukan keras kepala kerana mahu lihat ada perubahan.

"Nampaknya saya selama ini berada di pihak yang kalah sepanjang masa dan saya rasa sudah sampai masanya menuntut kepastian ke arah 'menang-menang' sebagai pemimpin UMNO di Perlis," katanya.

Katanya, beliau sedia bekerjasama jika kemelut itu dapat diselesaikan berdasarkan persetujuan perdana menteri nanti.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan