Penduduk Halang Lori Bawa Bijih Besi Guna Jalan Kampung

Diterbitkan: Ahad, 9 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Sekumpulan penduduk di Kampung Bukit Besi bertindak menghalang puluhan lori yang sarat membawa bijih besi menggunakan jalan kampung, yang mendatangkan bahaya kepada penduduk dan pengguna jalan berkenaan.

Turut dikesalkan penduduk, lori-lori berkenaan juga menyebabkan jalan utama ke kampung mereka rosak teruk dan dicemari lumpur serta masalah debu yang berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Seorang penduduk kampung Yusoff Tahir, 52, berkata sejak pengusaha kuari bijih besi di kawasan itu menggunakan laluan kampung sebagai pintu masuk ke tapak projek itu, ia telah menyebabkan persekitaran kotor lebih-lebih lagi selepas hujan lebat.

"Kami juga khuatir lori berkenaan membahayakan penduduk terutama kanak-kanak yang sering bermain di luar rumah," katanya, Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mohd Hamid Mohd Nor berkata setiap hari terdapat kira-kira 30 buah lori mengangkut bijih besi yang sering keluar masuk dari kawasan kuari di situ seawal pukul 8 pagi hingga 11 malam.

"Setiap hari, 1,500 penduduk kampung di sini terpaksa melalui jalan yang berlumpur dan berdebu sepanjang lebih dari satu kilometer itu. Ramai penduduk yang mengalami masalah kesihatan berikutan sering menghidu habuk dan debu setiap hari," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya tindakan menghalang lori berkenaan membuka peluang penduduk mengadakan perbincangan dengan pengusaha kuari kira-kira pukul 11 pagi tadi yang turut disertai agensi terlibat termasuk Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Daerah.

"Hasil perbincangan, pihak pengusaha kuari telah bersetuju untuk membersihkan dan membaiki jalan yang rosak dengan segera," katanya.

Katanya penduduk kampung akan mengadakan satu lagi perjumpaan bersama pemaju agar dapat membina jalan alternatif yang lain yang boleh digunakan lori bijih besi itu dalam masa terdekat.

Bukit Besi dahulunya merupakan tempat perlombongan bijih besi dalam daerah Dungun yang dimajukan oleh sebuah syarikat dari negara Jepun pada 1939, sebelum syarikat itu ditutup setelah muflis.

Tiga tahun lalu, kerajaan negeri Terengganu telah melantik tiga syarikat untuk mengendalikan perlombongan bijih besi dengan syarat pajakan selama lima tahun.

Kerajaan negeri mengesahkan terdapat lima juta tan metrik bijih besi di kawasan ini.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan