Pemuda Umno Desak Guan Eng Ambil Tindakan Terhadap Wei Aik

Diterbitkan: Ahad, 9 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pemuda UMNO hari ini mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsurkan perkauman terhadap peniaga nasi kandar Syed Kassali Mohamad Aliyar.

Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Ng secara kasar terhadap pemilik restoran dengan menyita serta merampas barangan di premis itu tanpa sebarang perbincangan juga adalah tidak wajar.

"Beliau tunjuk sikap rakus... datang dengan gaya mafia dan mengarahkan penguatkuasa mengambil tindakan terhadap restoran terbabit," katanya kepada pemberita di sini.

Ng, yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, didakwa mengeluarkan ungkapan "tutup kedai, balik India" terhadap pemilik restoran berkenaan pada Ahad lepas.

Akhbar sebelum ini melaporkan Ng mengeluarkan ungkapan itu kepada Syed Kassali, 42, ketika pasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi menyita barang-barang di kedai itu yang didakwa mengganggu lalu lintas.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan