Jangan Jadikan Watak Ustaz Sebagai Sekadar Penghalau Hantu

Diterbitkan: Ahad, 9 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Di dalam filem atau drama televisyen lokal yang bergenre seram, watak ustaz dilihat sering dipaparkan sebagai sekadar tukang penghalau hantu dan jin.

Walaupun perkara ini bagi sesetengah orang adalah remeh, namun di kalangan sesetengah pendakwah, watak uztaz yang sebegitu telah disalah guna dan fungsi sedemikian perlu dibetulkan.

"Pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dahulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau mahluk halus semata-mata.

"Sedangkan peranan sebenar seorang ustaz adalah sebagai pembimbing masyarakat ke jalan yang benar. Watak seorang ustaz sepatutnya diperlihatkan sebagai pendakwah yang bertanggungjawab mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi ini," kata Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Mohd Azahari Yusuf kepada BERNAMA.

Beliau juga menegur mengenai elemen jampi serapah yang disebut oleh watak bomoh atau dukun dalam sesebuah filem atau drama, yang bercampur baur antara nama Allah dengan ungkapan bidaah dalam babak bagi tujuan mencuit hati penonton, yang sepatutnya tidak perlu ditonjolkan sebegitu.

Bagi pendakwah bebas, Datuk Daud Che Ngah, peranan watak ustaz yang disempitkan kepada sekadar penghalau hantu dan pengunaan ayat suci al-Quran sekadar mentera membunuh hantu sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.

"Pada pandangan peribadi saya, pengusaha filem seram telah membohongi masyarakat bahawa hantu yang dikaitan sebagai jin yang mempunyai kuasa tetapi sebaliknya telah dijelaskan dalam kitab suci al-Quran bahawa jin bukanlah makhluk yang perlu ditakuti oleh manusia," jelasnya.

"Unsur seram dan ganas yang terdapat dalam filem menyebabkan orang ramai khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu dalam filem daripada Tuhan dan perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana ianya bakal melemahkan minda umat Islam," tambahnya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan