Terengganu Rancang Adakan Penerbangan Terus Dari LTSM Ke Bandung

Diterbitkan: Sabtu, 8 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Kerajaan negeri Terengganu akan mengadakan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Bandung, Indonesia dalam usaha menarik lebih ramai pelancong negara itu ke negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ia juga sebagai langkah untuk memaksimumkan kemudahan di LTSM yang bertaraf antarabangsa itu.

"LTSM mempunyai landasan ketiga terpanjang selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Subang, jadi tidak guna kita mempunyai kemudahan itu jika tidak digunakan sepenuhnya," katanya, Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Balai Polis Pantai Teluk Kalong di sini hari ini yang turut dihadiri Komader Pasukan Gerakan Marin Wilayah Tiga ACP Mohd Salleh Mat Jani.

Ahmad berkata perbincangan sedang dilakukan dengan seorang ahli perniagaan dari Indonesia untuk menyediakan penerbangan itu menerusi Heritage Air.

"Dengan adanya penerbangan terus nanti, penduduk di pantai timur tidak lagi perlu ke Kuala Lumpur untuk ke Bandung, bagaimanapun jika jumlah penumpang tidak ramai dari sini, ia akan melalui Melaka terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata penerbangan itu dijangka dapat dimulakan akhir Mac ini atau awal April.

Sementara itu, Ahmad berkata kewujudan balai polis baru itu diharap dapat membantu pihak berkuasa mempertingkatkan kawalan di perairan pantai Terengganu sepanjang 244 kilometer dari Kemaman ke Besut.

"Perairan Terengganu terdedah kepada pencerobohan nelayan asing yang menangkap ikan sesuka hati mereka dan penggunaan pukat kilat oleh nelayan tempatan yang menyebabkan banyak spesis ikan pupus," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan