Saya Bukan Dalang - Bekas SUK

Diterbitkan: Sabtu, 8 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud menolak dakwaan kononnya beliau adalah dalang kepada isu pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai penggantinya.

Ramli menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam menentukan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Saya hanya terlibat dalam menyenaraikan calon-calon yang layak dipertimbangkan berdasarkan senioriti dan saya percaya pada senioriti.

"Sebanyak lapan nama layak dipertimbngkan dan Mohammed Khusrin adalah calon kelima berdasarkan senarai kekananan," katanya ketika dihubungi. mStar Online di sini, Jumaat.

Menurut Ramli, senarai berkenaan telah disembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta salinannya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Saya meminta beliau berbincang dengan Sultan untuk membuat pemilihan bagi memastikan Setiausaha Kerajaan Negeri (adalah) orang Selangor dan mempunyai pengalaman bekerja di Selangor bagi mengetahui adat kerja," katanya.

Jelas Ramli lagi, senarai berkenaan diserahkan tiga bulan sebelum tarikh persaraannya iaitu pada 31 Disember lalu.

Ramli yang kini Ahli Dewan di-Raja Selangor mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mendakwa beliau terlibat dalam 'permainan politik licik' yang didalangi kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi tujuan meletakkan calon yang tidak dikehendaki kerajaan negeri.

Bagaimanapun Ramli berkata beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi terhadap perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kata Ramli lagi, JPA telah menyenaraipendekan tiga nama berdasarkan integriti, kredibiliti serta pengalaman dan minta disembahkan kepada Sultan Selangor.

Menurut beliau nama Mohammed Khusrin berada pada kedudukan teratas.

Dalam pada itu Ramli turut mendedahkan bahawa beliau pernah beberapa kali bertanyakan kepada Exco Selangor, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali berhubung senarai nama yang dicadangkan oleh kerajaan negeri.

Mengulas mengenai dakwaan Khalid bahawa beliau dengan sengaja merahsiakan perkenan Sultan Selangor untuk melantik Mohammed Khusrin daripada pengetahuan Menteri Besar dan Exco, beliau berkata: "Saya tidak mempunyai hak untuk membocorkan rahsia yang masih embargo.

"Situasinya begini, Sultan telah perkenan (melantik) Mohammed Khusrin melalui surat kepada saya yang disalinkan Menteri Besar.

"Saya telah memanjangkannya kepada JPA dan perkara ini masih embargo sehingga pengumuman di buat oleh JPA.

"Saya didakwa tidak memaklumkan kepada Exco kerana saya kira kalau hendak pecahkan rahsia biarlah Menteri Besar (lakukan) kerana beliau juga mendapat salian surat kerana sebagai Menteri Besar beliau biasanya kebal.

"Tapi jika saya yang memaklumkannya, sudah tentu saya akan dipersalahkan dan boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan