RM1,500 Kepada Setiap Mangsa Banjir Di Kelantan - Berita Semasa | mStar

RM1,500 Kepada Setiap Mangsa Banjir Di Kelantan

Diterbitkan: Sabtu, 8 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Kerajaan Pas Kelantan akan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir sebanyak RM1,500 bagi setiap keluarga dari Tabung Serambi Mekah.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakub berkata mangsa banjir akan diberi RM700 buat permulaan manakala bakinya sebanyak RM800 akan diberikan kemudian.

Beliau menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di mana seramai 50 keluarga yang mendiami kawasan setinggan di Jalan Sungai Chinda di sini kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran awal pagi kelmarin. Mereka kini ditempatkan di Dewan Pusat Sivik Gua Musang.

"Tabung Serambi Mekah mendapat sambutan penderma sepanjang masa," kata Ahmad, Sabtu.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan