PRU-13 Bukan Agenda Pertemuan, Kata PM

Diterbitkan: Sabtu, 8 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan bahawa pertemuannya dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada Sabtu bukanlah sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Sebaliknya beliau hanya menyifatkan sebagai salah satu usaha dalam proses transformasi politik yang diumumkannya sebelum ini.

Jelasnya BN mahu memastikan agenda untuk mendahukukan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dan pilihan raya hanya merupakan proses yang perlu dilalui bagi memastikan agar parti itu terus menjadi pilihan rakyat.

"Saya nak katakan bahawa ini merupakan proses transformasi politik. Pilihan raya hanya sebahagian daripada apa yang terpaksa kita lalui.

"Tapi yang lebih besar daripada itu ialah hasrat kita untuk menampilkan BN sebagai parti yang mendahulukan rakyat," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen BN di PWTC di sini, Sabtu.

Seramai 105 daripada 112 Ahli Parlimen berjawatan timbalan menteri dan ahli Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) hadir dalam pertemuan secara berkelompok bermula awal pagi tadi.

Mengulas mengenai pertemuan berkenaan, Najib yang juga Pengerusi BN berkata kaedah berkenaan merupakan cara terbaik bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang timbul di peringkat akar umbi.

"Hari ini merupakan satu kaedah di mana saya dapat bertemu dengan Ahli Parlimen untuk mengetahui apakah permasalahan di kawasan masing-masing supaya mereka boleh berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat serta pengundi di kawasan mereka.

"Apa yang lebih penting ialah untuk saya mendengar masalah rakyat, dan teliti bagaimana kerajaan dapat menyelesaikan isu dan masalah rakyat... kalau ada projek atau program, ianya menyentuh tentang keperluan rakyat," katanya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan, Najib berkata pada dasarnya beliau berpuas hati namun menegaskan bahawa masih terdapat ruang yang perlu diperbaiki.

"Pada umumnya saya berpuas hati namun masih ada ruang untuk mereka tingkatkan peranan.

"Dan ada saya nyatakan bahawa sebahagian daripada usaha untuk mempertingkatkan kemampuan mereka ialah kalau kita dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat sebab sebahagian besarnya diluar kemampuan mereka kerana memerlukan kelulusan kerajaan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan