Perkeso Selangor Bayar RM47.2 Juta Kepada Pencarum Tahun Lepas

Diterbitkan: Sabtu, 8 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebanyak RM47.2 juta bayaran pelbagai tuntutan faedah dibayar kepada pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor pada tahun lepas, kata Ketua Pengarah Perkeso K.Selvarajah.

Beliau berkata bayaran itu untuk tuntutan faedah di bawah Skim Pencen Liat dan Insurans Bencana Pekerjaan termasuk Faedah Orang Tanggungan (FOT).

Bayaran itu membabitkan 31,118 pencarum yang mencatatkan peningkatan berbanding 30,529 penerima bayaran faedah daripada Perkeso pada tahun 2009, katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat Perkeso di sini, hari ini sempena pembukaan kaunter Pejabat Perkeso pada hari Sabtu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Dua lagi kaunter cawangan Perkeso yang turut dibuka pada hari Sabtu ialah di Jalan Ampang dan Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

"Pembukaan kaunter ini pada hari Sabtu merupakan inisiatif yang diambil oleh pengurusan Perkeso untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan memudahkan mereka yang tidak berkesempatan berurusan pada hari biasa.

"Kita mengenal pasti tiga kaunter ini berdasarkan statistik bilangan pendaftaran majikan dan pekerja yang ramai di tiga cawangan ini, dan di cawangan Selangor sahaja seramai 1.7 juta orang pekerja dan 47, 259 telah berdaftar sebagai pencarum," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi Perkeso Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata kira-kira 70 peratus pencarum Perkeso yang hilang upaya akibat kecederaan atau penyakit telah kembali berkerja setelah menyertai Program Kembali Bekerja (PKB) kendalian pertubuhan itu sejak tiga tahun lepas.

"Seramai 3,200 orang berinsurans telah menyertai program itu seluruh negara, yang bermula sejak tahun 2007 dan daripada jumlah itu, seramai 300 orang masih menjalani proses pemulihan, dan 200 orang lagi masih mencari pekerjaan," katanya.

Beliau berkata Perkeso melantik 35 pengurus kes, yang sebelum ini hanya menpunyai sembilan orang bagi mentadbir PKB termasuk memantau pemulihan pekerja dan mengenal pasti jenis atau bentuk tugas kepada pekerja selepas menjalani pemulihan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan