Penumpang Bas Ekspres Diberi Borang Aduan Terhadap Pemandu

Diterbitkan: Sabtu, 8 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua penumpang bas ekspres akan diberikan borang aduan bagi membolehkan mereka merekodkan setiap kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pemandu bas sepanjang perjalanan ke destinasi masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan berkata menerusi borang aduan itu penumpang perlu mengisi nombor kenderaan, jenis bas, nama syarikat dan laluan bas terbabit bagi urusan pemeriksaan dan penyemakan oleh JPJ.

Menerusi cara itu, katanya pemandu bas ekspres tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan sekiranya mereka melakukan kesalahan jalan raya apabila penumpang bas itu sendiri yang membuat aduan.

Solah berkata pihaknya telah mengarahkan pemandu bas ekspres mengedarkan borang itu kepada setiap penumpang sebelum memulakan perjalanan.

"Penumpang dimestikan mengisi borang ini dan ia akan dikumpul oleh pegawai JPJ sejurus bas tiba di destinasi atau di terminal yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di Stesen Penguatkuasa JPJ Gombak dekat sini, Sabtu.

Beliau berkata borang aduan bas itu diperkenalkan sejak 2007, namun ia hanya berkuatkuasa semalam.

"Kita kuatkuasakan peraturan ini bagi memudahkan penumpang bas untuk melaporkan kesalahan pemandu dengan lebih berkesan.

Ini juga memudahkan pihak kita untuk membuat pemeriksaan sekaligus mengambil tindakan terhadap pemandu termasuk menggantung lesen memandu mereka," katanya.

Solah berkata sebagai langkah mengurangkan kemalangan jalan raya yang membabitkan bas terutamanya bas persiaran dan ekspres, JPJ akan mempertingkatkan pendekatan secara penyamaran bagi mengesan pemandu yang melakukan pelbagai kesalahan.

"Dalam operasi penyamaran yang dilakukan oleh pegawai kita yang membabitkan beberapa buah bas ekspres semalam, 15 pemandu didapati menyalahi undang-undang kerana menggunakan telefon bimbit kerana memandu.

"Ini diikuti enam kes kesalahan lalu lintas lain termasuk memotong tanpa isyarat dan memandu di lorong kanan secara berterusan," kata Solah.

Selain itu, beliau berkata rekod menunjukkan terdapat lebih 4,000 buah bas tidak menjalani pemeriksaan berkala di Puspakom (Puspakom Sdn Bhd) sepanjang tahun lepas.

"Terdapat 13,242 buah bas (merangkumi semua jenis bas) yang ada di seluruh negara dan daripada jumlah itu lebih 4,000 buah bas yang tidak menjalani pemeriksaan berkala iaitu sebanyak enam bulan sekali.

"Jika sesebuah bas tidak menjalani pemeriksaan atas sebab sudah tidak beroperasi, pemilik seharusnya memaklumkan hal itu kepada JPJ dan kegagalan mereka berbuat demikian menyebabkan permit bas terbabit boleh digantung sebulan," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan