Lelaki Maut Selepas Kereta Berlanggar Dengan Bas Ekspress

Diterbitkan: Sabtu, 8 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Seorang pemandu terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Km 4 Jalan Ipoh-Lumut di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10 pagi semasa Ong Yeow Ming, 24, yang berasal dari Sitiawan sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Lumut.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta lain dikatakan tiba-tiba keluar dari satu lorong dan Ong yang cuba mengelak, memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan bas yang datang dari arah hadapan.

Katanya akibat pelanggaran, Ong yang merupakan pengusaha kedai jam di sini mengalami kecederaan parah di kepala, dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Ong yang tersepit di keretanya dikeluarkan dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat," katanya di sini.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Lumut ke Butterworth, membawa 21 penumpang termasuk enam pelancong warga asing, bagaimanapun semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua penumpang bas kemudian dibawa menaiki bas gantian ke Butterworth yang disediakan oleh syarikat bas ekspress itu.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha yang ditemui semasa meninjau tempat kejadian, memuji kecekapan pemandu bas itu yang menurutnya berjaya mengawal kenderaan dengan baik dalam kejadian itu.

Beliau seterusnya mengingatkan semua pemandu bas ekspres supaya mematuhi semua aspek keselamatan ketika membawa penumpang bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan