Laluan MRT Dari Sg Buloh Hingga Kajang Akan Dimuktamadkan Antara April Dan Mei

Diterbitkan: Sabtu, 8 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Lokasi 35 stesen bagi laluan transit laju massa (MRT) dari Sg Buloh ke Kajang dijangka dimuktamadkan antara April dan Mei, kata ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Nur Ismal Kamal.

"Kami masih belum memuktamadkan lokasinya lagi. Kami mempunyai idea, kami ada lokasi berpotensi tetapi belum ada apa-apa dimuktamadkan kerana ia perlu dilakukan menerusi rundingan dengan orang awam," katanya kepada pemberita dalam satu lawatan empat harinya ke sini pada Sabtu.

Laluan itu, dengan kira-kira 9.5km laluan bawah tanah, akan melalui Sg Buloh, Kota Damansara, Kuala Lumpur, Cheras ke Kajang.

Bagaimanapun, sebelum ini dilaporkan bahawa laluan MRT mungkin akan berlainan daripada yang pertama diusulkan oleh MMC-Gamuda JV Sdn Bhd, rakan niaga projek, kerana beberapa hub yang sibuk seperti Kelang, Petaling Jaya dan Shah Alam tidak termasuk laluan MRT awal itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala, dipetik sebagai berkata kerajaan sedang mengkaji lain-lain kemungkinan laluan MRT supaya ia boleh menghubungkan dengan berkesan lain-lain kawasan berpenduduk padat di Lembah Kelang.

Mohd Nur berkata satu pameran bergerak akan diadakan pada Februari untuk mendapatkan pendapat orang ramai sebelum projek itu didedahkan kepada umum mulai Mac hingga Mei.

Ditanya keretapi MRT itu akan dibeli dari negara mana, beliau menjawab bahawa kerajaan masih belum membuat keputusan, dan menambah "ia akan dilakukan melalui tender terbuka".

"Ia akan dilakukan menerusi spesifikasi yang paling baik, mengambil kira kos jangka panjang pemilikan. Semua ini akan dilakukan dengan betul, terbuka dan secara global untuk memastikan kita mendapat nilai yang sebaik mungkin," katanya.

Beliau berkata kerajaan kini mencari elemen yang terbaik untuk digabungkan dengan projek MRT yang dinanti-nantikan itu, agar ia akan menjana kesan limpahan kepada ekonomi negara.

Lawatan empat hari itu, yang bermula 5 Jan, diketuai oleh pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar.

Mohd Nur berkata lawatan itu berhasil memandangkan delegasi itu berjaya mempelajari model perniagaan yang digunakan oleh pengendali sistem metro Hong Kong, MTR Corp, terutamanya idea untuk menggabungkan pengkomersilan dengan pembangunan MRT.

"Terdapat banyak idea hebat. Ini adalah satu usaha berterusan kami untuk menjadikan projek MRT ini satu kejayaan dari segi meminimakan kos kerajaan dan membangunkan peluang untuk pengkomersilan," katanya.

Ditubuhkan pada 1975, MTR Corp juga terbabit dalam pelbagai aktiviti perniagaan seperti perkhidmatan rundingan serta penyewaan harta dan pengurusan selain operasi landasan.

Setakat ini, MTR menyelesaikan pembangunan 27 stesen, menjana 74,16 unit perumahan dan lebih 1.7 juta meter persegi ruang komersil. Ia juga memiliki dan menguruskan beberapa kompleks runcit di seluruh negara itu, dan model perniagaannya telah dibuktikan berjaya kerana kos pembangunan landasan baharu kini dibiaya oleh keuntungan yang dijana daripada segmen harta.

"Jadi, kerana itulah kami berminat dengan model ini. Sebagai contoh, MTR Corp berjaya menjana kira-kira 35 peratus pendapatannya dari segmen bukan tambang.

"Dari segi keuntungan, ia adalah hampir 50 peratus (tambang) dan 50 peratus (perolehan bukan tambang). Jadi harta memberikan banyak keuntungan dan ia digunakan untuk mengimbangkan kos prasarana.

"Berdasarkan model MTR Corp, mereka tidak menggunakan wang mereka untuk membangunkan prasarana kerana ia dilakukan menerusi kerjasama swasta. Kami juga sedang meninjau struktur kerjasama awam-swasta untuk projek ini," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tidak mempunyai rancangan segera untuk melantik MTR Corp sebagai perunding bagi MRT Kuala Lumpur, sambil menambah kerajaan juga sedang mengkaji amalan terbaik di lain-lain negara untuk digunapakai.

"Kami akan melihat secara global, apa yang telah berjaya dilaksanakan di kota-kota seperti London dan Singapura kerana terdapat juga perincian yang mungkin berhasil untuk mereka dan mungkin tidak akan berjaya untuk kita.

"Jadi, kita patut menggabungkan semuanya untuk menjadikan projek ini satu kejayaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan