Kanak-Kanak Perempuan Korban Pertama Banjir Di Kelantan

Diterbitkan: Sabtu, 8 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pertama banjir yang sedang berlaku di Kelantan apabila dia lemas ketika bermain air di kawasan rumahnya di Kampung Belukar Limbat dekat sini pagi Sabtu.

Ibu mangsa, Gayah Hassan, 35, hanya mampu melihat Siti Aisyah Kamarulzaman, 10, anak ketiga daripada lima beradik itu terkapai-kapai sebelum tenggelam dan dibawa arus.

"Setiap tahun kawasan rumah saya akan ditenggelami air. Anak-anak memang dah biasa main air termasuklah Siti Aisyah. Saya benarkan mereka bermain tetapi betul-betul di hadapan rumah, kira-kira tiga meter dari rumah.

"Ketika kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, saya memang ada memerhatikan Siti Aisyah dan adik beradik dia yang lain main air, tetapi tak sangka ada kawasan yang airnya dalam menyebabkan Siti Aisyah lemas," katanya kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZII) di sini.

Siti Aisyah merupakan murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Peringat.

Menurut Gayah, setelah melihat anaknya lemas, dia cuba menyelamatkan anaknya bagaimanapun arus deras dan air sedalam satu meter menyebabkannya gagal berbuat demikian.

Pegawai Bomba Kanan II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Baharu, Hasmadi Jusoh berkata pihaknya menemui mayat kanak-kanak tersebut pada pukul 1.30 petang yang tersangkut di dasar tali air kira-kira dua meter dari tempat mangsa dilaporkan lemas.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan