Tindakan Jeffrey Keluar Parti Bawa Impak Minimum - Setiausaha Agung PKR

Diterbitkan: Jumaat, 7 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution mempertahankan pendiriannya bahawa kehilangan Datuk Dr Jeffrey Kitingan membawa impak minimum terhadap parti.

Sebaliknya, kata beliau, PKR melihat proses ahli keluar parti itu sebagai satu proses 'pembersihan'.

Beliau turut mengulas 27 ahli pasukan petugas Kadazandusun dan Murut PKR yang mengumumkan keluar dari parti itu Rabu untuk menyokong Dr Jeffrey dalam United Borneo Front (UBF).

Saifuddin berkata beliau menghormati pilihan mereka untuk memilih platform baru yang tidak bersifat politik dan mendokong kepada agenda 'local'.

Tambahnya lagi daripada senarai nama yang keluar itu, kira-kira sembilan daripadanya telahpun digantung sebelum ini kerana kesalahan disiplin di atas isu penubuhan Parti Cinta Sabah.

"Yang lebih saya tumpukan apakah ia memberikan impak besar kepada parti.

"Setelah saya mendapatkan maklum balas daripada pimpinan serta akar umbi dari kesemua cabang, mereka nyatakan impak di cabang-cabang itu minimum.

"Bermaksud pemergian tokoh-tokoh ini tidak diiringi oleh beramai-beramai anggota parti keluar," katanya selepas mesyuarat bersama para ketua dan wakil-wakil cabang PKR negeri untuk membincangkan pemilihan ketua PKR Sabah di sini, Khamis.

Saifuddin juga menjelaskan dalam tempoh 12 tahun parti tersebut wujud, mereka sudah pernah kehilangan 'nama-nama besar' yang didakwa menggugat keutuhan parti tersebut namun keputusan pilihan raya memberikan indikator lebih objektif.

"Jadi (kalau nak soal) keluar ramai tak? Ramai...tapi semakin keluar semakin kukuh kedudukan parti, contoh lebih banyak kerusi (DUN dan Parlimen). Kita belajar daripada pengalaman 12 tahun itu, (yang) keluar itu rupanya satu proses pembersihan dan kekuatan parti semakin meningkat," tambahnya lagi.

Mengenai mesyuarat hari ini, beliau berkata PKR negeri juga membangkitkan keperluan supaya kepimpinan PKR Sabah itu diperkukuhkan.

Ini berikutan 15 daripada 25 ketua cabang telah meluahkan rasa tidak yakin terhadap kepimpinan negeri dan mahukan perubahan.

Saifuddin berkata mereka yang hadir hari ini bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk menerima dan patuh kepada keputusan pimpinan tertinggi parti yang akan memutuskan siapa bakal menerajui PKR Sabah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan