Sultan Selangor Murka Titah Diputar Belit, Pelantikan SUK Baru Sah

Diterbitkan: Jumaat, 7 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan NURUL AIN HUSSAIN SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dengan tindakan beberapa pihak yang memanipulasikan titah baginda berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Dalam nada tegas baginda bertitah, pelantikan Mohammed Khusrin adalah sah mengikut peraturan serta prosedur yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan.

"Pada hari ini beta merasa amat terharu dan kesal kerana banya titah beta yang telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan telah mengelirukan ramai rakyat beta di negeri Selangor ini," titah baginda pada Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Selangor dan pelantikan pegawai kerajaan negeri di Istana Kayangan di sini, Khamis.

Selain itu Sultan Sharafuddin menitahkan agar pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri ini tidak terus diperbesarkan, dipolitikkan dan disensasikan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Sultan Sharafuddin juga bertitah bahawa baginda pernah menyatakan kepada Exco Selangor pada Majlis Santapan Sembah kasih sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-65 pada 5 Disember lalu bahawa baginda tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

"Hasrat beta adalah untuk melihat negeri Selangor yang beta kasihi ini sentiasa dalam aman dan rakyatnya tidak kira apa bangsa dan agama hidup dalam harmoni dan sentiasa tolong menolong, bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain," titah baginda.

"Justeru beta menyeru dan menasihatkan supaya janganlah tiap-tiap perkara itu dipolitikkan kerana ianya akan membebankan rakyat dan melambatkan proses kemajuan," titah baginda.

Dalam pada itu baginda turut menitahkan supaya seluruh pegawai kerajaan Selangor memberikan kerjasama yang baik kepada Mohammed Khusrin agar urusan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar.

"Beta juga menitahkan supaya Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan dasar kerajaan yang memerintah mengikut undang-undang dan peraturan semasa," titah baginda.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan