Mangsa Banjir Di Pahang Dan Kelantan Meningkat

Diterbitkan: Jumaat, 7 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Pahang dan di Kelantan bertambah pagi Jumaat berbanding semalam.

Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, terdapat 297 orang daripada 62 keluarga kesemuanya dari daerah Kuantan, ditempatkan di pusat pemindahan berbanding 212 semalam.

Kawasan yang terlibat ialah Taman Seberang Balok dan Kampung Balok Baru melibatkan 216 orang daripada 44 keluarga yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Balok, Kampung Bukit Palas melibatkan 24 orang daripada enam keluarga yang ditempatkan di Balai Raya Cherating, 33 orang daripada tujuh keluarga dari Kampung Nyamuk, Balok, ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Pantai Balok manakala 24 mangsa daripada lima keluarga lagi dari Kampung Chendor Tengah ditempatkan di Balai Raya Chendor.

Jalan utama di Km20 Jalan Jerangau-Jabor di sini hanya dibuka kepada kenderaan berat selepas air naik setinggi 0.3 meter.

Jurucakap itu berkata tiada laporan mengenai mangsa banjir di daerah lain di negeri itu.

Di KOTA BAHARU, hujan lebat yang berterusan melanda Kelantan malam tadi menyebabkan berlaku peningkatan pemindahan mangsa banjir kepada 376 mangsa pagi ini berbanding 128 orang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata jumlah pusat pemindahan yang dibuka juga bertambah kepada 11 berbanding sembilan semalam.

Beliau berkata sehingga pagi ini lima daerah telah terjejas iaitu Kota Baharu, Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Jurucakap itu berkata lalulintas di kawasan kampung yang ditutup juga bertambah kepada enam laluan iaitu membabitkan daerah Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat dan Tanah Merah.

Di PASIR MAS, tiga laluan yang ditutup iaitu di km3 Jalan Pengkalan Rakit, km9 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang dan Jalan Pohon Tanjung-Meranti, kesemua ditutup kepada kenderaan ringan, manakala di Pasir Puteh, km2 Jalan Banir Belikong-Tasik Pauh ditutup kepada semua jenis kenderaan.

Di Tanah Merah laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan ialah di km1 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh manakala di Tumpat ia membabitkan Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti.

Jurucakap itu berkata paras air di Sungai Golok kini mencecah 9.9 meter, melebihi paras bahaya 9 meter, manakala sungai-sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan