Kanak-Kanak Mangsa Asid Jalani Pembedahan Esok

Diterbitkan: Jumaat, 7 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak mangsa simbahan asid oleh bapanya sendiri, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan dijadual menjalani pembedahan di bahagian muka, Sabtu.

Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, murid Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Kuala Berang, akan menjalani pembedahan itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu Dr Nordiyanah Hassan berkata pembedahan melibatkan kanak-kanak itu akan diketuai Pakar Perunding Pembedahan Plastik Dr Najiha Syarida Zakaria.

"Pihak hospital tidak mempunyai masalah untuk menjalankan pembedahan di bahagian muka kanak-kanak itu.

"Kami memang mempunyai kemudahan peralatan serta kepakaran yang lengkap bagi masalah seperti ini," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Pada 15 Ogos lepas, Nurul Dahyatul Fazlinda terkena simbahan asid ekoran pertelingkahan keluarga yang turut mencederakan ibunya Che Ku Zaimah, 29, adiknya Muhammad Irfan Firdaus, 3, dan neneknya, Minah Omar, 56.

Akibat kejadian itu Nurul Dahyatul mengalami kecederaan parah di bahagian muka, manakala ibunya mengalami kecederaan di tangan dan belakang badan.

Nenek dan adiknya pula terkena percikan asid dan hanya mengalami kecederaan kecil di bahagian muka dan badan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan