Buku Teks 'Interlok' Hanya Akan Diubah Jika Penulis Setuju - Gapena

Diterbitkan: Jumaat, 7 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buku teks sastera tingkatan lima bertajuk "Interlok" hanya akan diubah sekiranya penulis buku itu Abdullah Hussain bersetuju untuk berbuat sedemikian, kata Setiausaha Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Zainal Abidin Borhan.

Beliau berkata hanya penulis sahaja yang berhak untuk mengubah karyanya, dan ia tidak boleh dilaksanakan atas dasar ugutan atau desakan.

"Jika penulis bersetuju untuk mengubah perkataan sensitif yang terdapat dalam buku tersebut, kita akan ikut. Tetapi jika ia atas desakan dan ugutan maka Gapena akan berjuang mempertahankannya," katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, katanya untuk mengubah setiap perkataan atau ayat dalam satu-satu karya, ia akan mempengaruhi keseluruhan makna karya tersebut, selain turut mengubah nilai sejarah sosial.

"Abdullah Hussain menulis menggunakan konsep yang diketahui umum dan melalui konteks sosial sejarah, bukan sesuatu yang direka-reka, jadi jika perkataan itu dibuang ia tidak lagi melambangkan konteks sosial sejarah," katanya.

Menurutnya buku Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.

Beliau berkata buku memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1990-an hingga merdeka itu lebih berkonsepkan perpaduan dan tidak timbul isu untuk mengkritik kaum tersebut.

Malah, katanya buku teks Interlok yang memenangi peraduan menulis novel memperingati 10 tahun kemerdekaan pada 1967 itu juga telah digunakan sebagai buku teks mata pelajaran sastera pada tahun 1970-an.

"Lebih 30 tahun teks ini muncul, tiba-tiba isu ini dibangkitkan, jangan menyalahtafsirkan apa yang ada dalam teks, dalam teks perkataan itu digunakan sebagai terjemahan yang menyatakan suatu isu sosial saja, tiada isu lain," katanya.

Ditanya mengenai jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran bagi menyiasat isu itu, Gapena berharap jawatankuasa akan mengkaji dan melihat ia dari konteks kandungan teks dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, Ketua Media Gapena Borhan Md Zain berkata Gapena secara terbuka akan terus menyokong dan membantu penulis untuk mempertahankan karya tersebut sekiranya penulis tidak bersetuju untuk mengubahnya.

"Abdullah Hussain merupakan Sasterawan Negara yang ulung, janganlah kita terus menjatuhkan maruah dan martabatnya. Dan watikah pelantikan beliau juga diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Beliau turut kecewa dengan desakan sesetengah pihak yang mengugut untuk bertindak di luar kematangan, seperti berhasrat untuk membakar karya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan