Veteran Umno Kutuk Tuduhan Liar Blog Terhadap Rais

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Majlis Veteran Umno Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya tuduhan liar yang disiarkan oleh sebuah blog di Internet yang mendakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007.

Pengerusinya, Datuk Rozali Isohak berkata tuduhan melulu tanpa usul periksa dibuat dengan niat jahat dan berkepentingan untuk menjatuhkan nama baik seseorang menteri diamanahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Veteran Umno Kelantan mengesa polis menyiasat laporan itu hingga ke akar umbi dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang bertanggungjawab melemparkan tuduhan buruk itu," katanya.

Media pada Khamis melaporkan penafian Rais berhubung perkara itu dan meminta polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan yang dianggapnya berniat jahat untuk menjatuhkan karier politiknya.

Rozali berkata Veteran Umno Kelantan akan membuat laporan polis berhubung laporan itu dan meminta siasatan rapi dan menyeluruh dibuat bagi memastikan pihak yang terlibat dihadapkan di mahkamah.

"Perbuatan (tuduhan itu) yang hina sengaja diadakan untuk membunuh karier menteri berkenaan adalah amat jijik dilakukan oleh kumpulan yang bermotif jahat, kita akan buat laporan polis hari ini," katanya.

Rais dalam kenyataanya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun lepas atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di Internet atau mana-mana entiti politik. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan