Tiga Daerah Di Terengganu Dilanda Banjir

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tiga daerah di negeri ini mula dilanda banjir musim tengkujuh yang menyaksikan ratusan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir pada Rabu.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata sehingga pukul 9 pagi ini, lima pusat pemindahan telah dibuka iaitu empat di Hulu Terengganu dan satu di Setiu.

"Mangsa-mangsa telah berpindah ke pusat pemindahan sejak semalam hingga pagi ini disebabkan kawasan rumah mereka dinaiki air," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pagi Khamis.

Di daerah Hulu Terengganu, seramai 500 orang daripada 122 keluarga dari mukim Tersat dan Hulu Telemong telah berpindah sehingga malam Rabu.

Empat pusat pemindahan di Hulu Terengganu ialah di Balai Raya Kampung Pengkalan Ajal, Balai Raya/Masjid Kampung Sekayu, Balai Raya Kampung Menjing dan Surau Kampung Baru, Pasir Dua.

Di Setiu pula seramai 78 orang daripada 21 keluarga dari Kampung Merbau Menyusup telah berpindah ke pusat pemindahan di masjid kampung itu.

Jurucakap itu berkata dua batang jalan kampung di Hulu Terengganu telah ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.

Jalan-jalan terlibat ialah jalan Kuala Brang-Sungai Tong Km11 hingga Km12 di Kampung Kuala Ping dan Jalan Kuala Brang-Sungai Tong dekat Kampung Palong Kuala Jenerih.

Beliau berkata paras air sungai Kuala Brang dan Sungai Setiu beransur naik pagi ini dengan sesetengahnya berada ditahap amaran. Bagaimanapun, katanya, paras air sungai Dungun di Jambatan Jerangau kini berada ditahap bahaya iaitu 21.5 meter berbanding bahaya 19.8 meter.

Selain Hulu Terengganu dan Setiu, daerah Besut turut dilanda banjir, dengan hampir 1,000 pelajar dua buah sekolah rendah di daerah ini diarahkan pulang apabila kawasan sekolah dinaiki air antara 0.2 hingga 0.6 meter pagi Khamis.

Dua sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri dan Sekolah Kebangsaan Tok Raja di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh.

Beberapa sekolah lain yang turut dinaiki air di daerah itu pula telah menempatkan pelajar di bangunan yang lebih selamat dan tidak mengarahkan mereka pulang.

Sekolah yang mengambil langkah itu ialah Sekolah Kebangsaan Alor Peroi dekat Kuala Besut dan Sekolah Kebangsaan Gong Bayor di kawasan Kota Putera.

Selain itu, seramai 37 orang daripada sembilan keluarga di Kampung La, Hulu Besut dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setelah kediaman mereka dinaiki air malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir di Ibupejabat Polis Daerah Besut berkata penduduk terlibat mula dipindahkan ke Masjid Kampung La mulai pukul 8 malam Rabu.

Menurutnya, mangsa yang terlibat terdiri daripada 20 orang dewasa dan 17 kanak-kanak. Bagaimanapun, katanya, mereka dijangka akan pulang ke rumahnya sekiranya air terus surut dalam masa yang terdekat.

Sementara itu bacaan air di dua tempat sukatan banjir di daerah ini telah melepasi paras berjaga-jaga dengan paras air di Sungai La sehingga pukul 9 pagi tadi ialah 17.55 meter (melepasi paras berjaga-jaga 17.20 meter) dan di Jambatan Jerteh ialah 7.75 meter (melepasi paras berjaga-jaga 7.30 meter).

Bagaimanapun tinjauan Bernama mendapati jalan di sekitar daerah Besut masih boleh dilalui walaupun di sesetengah tempat antara Seberang Jerteh dan Kuala Besut air telah melimpah ke jalan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan